Nicolas Sarkozy
Nicolas Sarkozy

Nicolas Sarkozy

Nicolas Sarkozy (IPA: [nikɔla saʁkɔzi] sebutan (bantuan·maklumat)) ialah Presiden Republik Kelima Perancis ke-6. Beliau adalah bekas Menteri Dalam Negeri dan ahli parti Union pour un mouvement populaire (UMP). Pada 6 Mei 2007, Sarkozy dipilih menjadi Presiden setelah menewaskan calon Parti Sosialis, Segolene Royal dalam pilihan raya presiden. Beliau menggantikan Jacques Chirac.Sarkozy terkenal dengan pendirian konservatif mengenai isu-isu undang-undang dan pujiannya terhadap model ekonomi baru bagi Perancis, dengan cadangan bahawa negara tersebut sepatutnya mempunyai ekonomi yang lebih bebas, berdasarkan contoh-contoh Amerika Syarikat dan United Kingdom. Beliau sering digelar Sarko oleh penyokong dan pembangkangnya.Setelah menjadi Presiden, Sarkozy telah melantik François Fillon sebagai Perdana Menteri Perancis.Pada 6 Mei 2012, tempoh jawatan Sarkozy sebagai presiden menemui noktah apabila beliau kalah dalam pilihan raya 2012 kepada François Hollande pada beza undian 3.2%.[1]